May 29, 2009

KORBAN NAHAS BAS DI BIR ALI

Empat rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia terbunuh apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bir Ali, Madinah, Arab Saudi semalam.

Rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Ali Borhan, 68, dari Melaka, Rozita Jamaludin, 43, dari Perak, Sam Mad Saman, 60, dari Selangor dan Abdul Jalil Ahmad, 66, dari Negeri Sembilan.

Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi berkata, kesemua jenazah akan dikebumikan di perkuburan Baqi',Madinah selepas selesai proses dokumentasi.

"Dokumen kesemua mangsa diambil oleh polis Madinah, selepas semua proses selesai jenazah akan dikebumikan di sana.

"Konsulat Malaysia di sana akan menguruskan jenazah-jenazah itu dan ahli keluarga mangsa di sini telah dimaklumkan," katanya.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan itu turut mencederakan seorang rakyat Malaysia iaitu Rohani Aziz, 55. Beliau kini dirawat di Hospital Besar Neeqat, Madinah dan dilapor berada dalam keadaan stabil.

Tiga belas lagi anggota rombongan itu terselamat dan kini berada di hotel penginapan mereka di Hotel Jawharat Fairus, Madinah.

Kejadian berlaku ketika bas yang membawa 19 anggota rombongan umrah dari Malaysia dikatakan bertembung dengan sebuah pikap yang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan kira-kira 40 kilometer ke Madinah.

Rombongan yang baru tiba di Jeddah dari Malaysia itu dikatakan dalam perjalanan ke Madinah untuk melakukan ibadah umrah.

No comments:

Post a Comment